Inspirasi berhijab dengan aksesori yang bergaya di Malaysia
•
LYLO
Aksesori memainkan peranan penting dalam penampilan gaya seseorang wanita dalam meningkatkan keyakinan diri terutamanya dalam perkerjaan yang perlu berhadapan dengan orang ramai. Penampilan yang moden dan bergaya juga merupakan unsur yang penting unduk meningkatkan tahap kehidupan kita.
Anting-anting
Anting-anting merupakan aksesori yang banyak dipakai bersama tudung oleh wanita sebagai hiasan unik pada masa moden ini. Gaya anting-anting ini biasanya dipakai sekali dengan shawl kerana ia memang bergaya jika dipakai pada bahagian tudung yang lebih pendek. Tapi tak Kira tudung bawal ataupun shawl, kedua-duanya memang cantik jika dipadankan dengan anting-anting. Anting-anting yang berpadan dengan tudung adalah anting yang size besar atau berjuntai panjang. (link)
Klip Rambut
Klip Rambut yang sepit di tepi tudung merupakan gaya kegilaan wanita muslim di Malaysia pada zaman sekarang. Kamu akan tampak comel dan unik dengan berbagai bentuk dan warna klip rambut sebagai hiasan semasa berhijap. Ada yang rasa terlalu menjolok mata tetapi gaya yang berasal dari negara asing ini masih juga disukai ramai wanita. (Link)
Hijab Band
Cara pemakaian Hijab band terdapat dua jenis, satu adalah headband yang biasa, jenis kedua iaitu yang paling disanjungi wanita Malaysia adalah rantai hijab. Gaya hijab band ini biasanya ditampilkan untuk meningkatkan keserian pada hari istimewa mereka terutamanya pada hari perkahwinan. Bridemaids juga akan pakai hijab band yang berpadanan dengan elemen persandingan termasuk tema perkahwinan mengikut cita rasa pengantin. (Link)
Kesemua inspirasi aksesori & gaya hjab di atas makin popular di Malaysia pada zaman sekarang terutamanya selepas digayakan oleh selebriti yang terkenal di social media seperti Instagram dan tik tok untuk penampilan yang lebih stylo dan menarik.